Berita

UCAPAN ALUAN PENGERUSI ALK 2016

Syukur Alhamdulillah sekali lagi kita dapat berhimpun melaksanakan tanggungjawab sebagai Anggota dan Perwakilan ke Mesyuarat Agung KBB Kali Ke 22 pada tahun ini.  Terima kasih kepada wakil SKM kerana bersama dengan Perwakilan.

Pn. Meriyam Abd.      Majid      Pengerusi BUMIRA

 

KBB sudah berusia 37 tahun sejak ditubuhkan pada 1 September 1972 dengan nama asalnya Syarikat Kerjasama Serbaguna BUMIRA Berhad dan ditukar kepada Koperasi BUMIRA pada 26 Jun 1980.

Kak Yam amat berterima kasih kepada peneraju-peneraju KBB terutama Pengerusi pertamanya Tuan Hj. Bakar Yaacob yang memegang jawatan selama 24 tahun dari 1972 hingga September 1996.  Kak Yam mengambil alih dari tarikh ini sehingga sekarang iaitu masuk tahun ke 13 dan telah mempengerusikan Mesyuarat Lembaga sebanyak 52 kali.  Hanya sekali sahaja oleh Tuan Hj. Khalidi sebagai Timbalan Pengerusi semasa Kak Yam baru berpindah ke Kedah.

Mengimbas kembali sejarah pergerakan Koperasi di Malaysia pada Julai 1922 sehingga kini berjumlah ……………… buah Koperasi dengan keahlian seramai ………………. orang, maka KBB merupakan antara Koperasi yang masih kekal beroperasi walaupun ada sesetengah Koperasi yang besar ditutup dan ada kes pemimpinnya diheret kemuka pengadilan sehingga di penjara.

Kak Yam amat bertuah kerana dibantu oleh Barisan Anggota Lembaga dan Anggota Kerja yang beramanah, dedikasi dan komited terhadap urustadbir KBB.  Setakat ini tidak pernah kita kecewakan Anggota dari segi pembahagian dividen.  Tahun lepas kita memberi 7% dividen iaitu 4 + 3 (Modal Yuran dan Modal Syer). Insyaallah pada tahun ini Anggota Lembaga mencadangkan sama dengan tahun lepas walaupun dari segi keuntungan bertambah sebanyak 20.61% atau RM100,887.00.  Pendapatan kita juga bertambah dari RM694,540.00 pada tahun ini berbanding dengan RM575,849.00 pada tahun 2008 iaitu peningkatan sebanyak RM118,692.00 atau 20.61%.  Sementara pembelanjaan juga meningkat dari RM358,929.00 kepada RM372,580.00.

Mesyuarat Anggota Lembaga ke 102 pada Ahad 25 Oktober 2009 yang lalu, kami telah meneliti beberapa usul yang dikemukakan untuk dibawa ke Mesyuarat pada hari ini.  Sebagai sebuah Koperasi yang mengamalkan demokrasi, kita tidak menolak sebarang usul yang dikemukakan kecuali jika cadangan yang bertindih / sudah dilaksanakan.  Hanya satu yang membimbangkan Kak Yam apabila usul yang akan membebankan Koperasi dari segi kewangan iaitu menggandakan bayaran Mesyuarat Anggota dari RM50.00 kepada RM100.00.  Kita semua kena prihatin, hanya 80 orang sahaja yang akan menikmati usul ini setiap tahun.  Ditambah pula bermesyuarat di Genting Highlands dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan.  Cubalah bawa usul yang boleh membawa lebih dana kepada KBB supaya dividen kita boleh meningkat.  Apa pun, Kak Yam serahkan kepada kebijaksanaan Anggota Perwakilan membuat keputusan.

Mesyuarat kali ini amatlah penting kerana kita akan menimbang dan meluluskan pindaan kepada Undang-Undang Kecil sekarang ini supaya selaras dengan Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).  Anggota Lembaga mengambil masa hampir 8 bulan meneliti dan meminta pakar undang-undang MARA membantu kita dalam isu pindaan ini.  Jika diterima, kenalah kita mencetak baru Buku Undang-Undang Kecil ini yang akan menambah perbelanjaan tahun 2010 nanti.

Kita meletakkan sasaran Anggota sehingga Disember 2009 adalah seramai 4,000 orang dan Alhamdulillah kita telah mencapai KPI ini.  Setakat 30 Jun 2009, keanggotaan kita seramai 4,964 orang dan sehingga September 2009 seramai 5,142 orang.  Bagi pihak Anggota Lembaga, Kak Yam amat berterima kasih kerana majoriti Anggota begitu sayangkan KBB.  Banyak memuji   dari mengeji dan jarang aduan negatif yang diterima malah sejak 3 tahun kebelakangan ini tidak ada satu surat layang pun yang Kak Yam terima.

Urustadbir pejabat KBB berjalan dengan baik.  Terima kasih kepada Saudara Tuan Hj. Mohamad Nor Sazelim sebagai Pengurus Besar KBB yang banyak menyimarakkan urustadbir dengan idea-idea baru dan juga Saudara Balkis sebagai Timbalannya.  Terima kasih khas kepada semua Anggota Kerja (7 orang + Mak Jah) yang bertungkus lumus mengatur Mesyuarat Agung Perwakilan kali ini.

Sekali lagi terima kasih kepada wakil SKM Wilayah Persekutuan, Encik Tumin bin Ahmad.  Inilah cara kami bermesyuarat dalam suasana kekeluargaan.  Biasanya masa mengambil dividen lebih lama dari Mesyuarat kerana Anggota percaya dengan barisan kepimpinan KBB yang mereka pilih setiap tahun.

Kepada semua Anggota Perwakilan yang hadir kali ini terutama yang datang dari negeri dibawah bayu (Sabah) mewakili Kawasan A dan rakan dari Ibu Pejabat, secara peribadi Kak Yam amat berterima kasih kerana jarang menyusahkan dan membebankan Kak Yam sepanjang 13 tahun menerajui KBB.  Secara ikhlas Kak Yam nyatakan KBB terlalu dekat dihati dan setiap kali menandatangani “Cheque Pembiayaan”, terasa satu macam kepuasan sebagai seorang Pengerusi kerana Kak Yam tahu walaupun RM1,000.00 tetapi bagi sesetengah Anggota amatlah bermakna terutama di akhir tahun apabila keperluan bertambah.  Kerana itu KBB akan mewarwarkan  Pembiayaan Khas “Back To School” pada bulan Disember ini.  Apatah lagi tahun ini hanya RM500.00 sahaja yang mampu diberi oleh pihak Kerajaan sebagai bantuan khas, tidak ada bonus.

Kepada semua barisan Anggota Lembaga yang tidak pernah kenal penat dan lelah membantu Kak Yam, hanya Allah S.W.T. yang akan membalasnya.

Terima kasih kepada semua yang hadir, selamat pulang ke destinasi masing-masing dengan selamat.  Selamat Hari Raya Haji, Selamat Tahun Baru dan Selamat Bersidang.  Kak Yam akhiri dengan petikan Amanat Presiden UMNO/Perdana Menteri :-

 

Walau apa pun dugaan

Walau apa pun rintangan

Bersama segunung harapan, perjalanan ini kita teruskan

Bersama menggenggam keyakinan, segala impian pasti dilunaskan

Setitik dijadikan laut, segumpal dijadikan gunung

 

Tradisi tetap kita junjung, perubahan tetap kita zahirkan

Kendati tergantung awan di langit

Telah terlanjur ku bentangkan layar

Walau badai datang menggulung

Walau dentuman guruh di langit

Walau bumi berkeping dua, takkan mungkin ku berbalik haluan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *