Berita

3 ALK MENANG TANPA BERTANDING

Pn. Meriyam Abd. Majid

GENTING  – Mesyuarat  Agung  Tahunan Perwakilan Ke – 22  selesai  diadakan pada   8hb November  2009  Hotel Seri Malaysia  Genting  Highland, Pahang Darul Makmur. Para  perwakilan     berkumpul     di Hotel  Seri  Malaysia sejak hari Jumaat  bagi menghadiri mesyurat tersebut. Terbahagi dua kawasan iaitu Kawasan A & Kawasan B.  Kawasan A melibatkan anggota luar dari Lembah Klang. Para perwakilan yang terlibat kali ini ialah daripada  Pejabat MARA Negeri Sabah, Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu & Maktab Rendah Sains MARA Kota Kinabalu. Manakala Perwakilan B yang terlibat dari Ibupejabat MARA,GIATMARA & Yayasan Pelajaran MARA.

3 Anggota yang gugur pada  kali  ini  kekal. Mereka terdiri daripada Pn. Meriyam Abd. Majid, En. Md. Faridi Abd. Rahim  &  En. Mohamad Nor Sazelim  Mohamad. Anggota Lembaga  Koperasi tersebut memegang  portfolio masing  – masing Pn. Meriyam memegang Jawatan Pengerusi, En. Faridi sebagai  Setiausaha & En. Mohamad  Nor Sazelim Mohamad  sebagai  Pengurus Besar . Anggota begitu yakin dengan pengurusan yang dilakukan 3 ALK yang dilantik semula. Pencalonan baru  tiada pada masa pemilihan.

 

 

 

En. Faridi Bin Abd. Rahim
En. Mohamad Nor Bin Sazelim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *