AKTIVITI KREDIT MENJADI PILIHAN UTAMA BUMIRA

Pn. Halizah Harun
Setiausaha Pembiayaan

Setiausaha Pembiayaan Halizah Harun menyifatkan aktiviti kredit masih menjadi pilihan kepada anggota  – anggota.      Ia merupakan keperluan kepada  anggota  yang  bekerja di peringkat kumpulan       sokongan.   Walaupun jumlah pembiayaan yang dipohon rendah tetapi ia dapat mengelakkan anggota daripada terjebak kepada “ALONG”. Bagi mengelakkan anggota pergi mendapat “ALONG” pihak kami menawarkan pelbagai jenis pembiayaan bagi mengatasi masalah anggota. Mengikut rekod  BUMIRA  dari  1hb  Julai 2008 hingga 30hb Jun 2009  Pembiayaan  Peribadi 897 permohonan  diterima  dengan nilai RM 6,953,000.00. Manakala  Pembiayaan Khas 325 permohonan  diterima  dengan  nilai RM 642,346.00. Jumlah  keseluruhan 1,222 permohonan  dengan   nilai RM 7,595,346.00. Pembiayaan biasa meningkat semasa musim perayaan, musim persekolahan & kemasukan anak ke IPTA & IPTS.

Keperluan diperlukan bagi menampung persediaan dalam menghadapi keadaan tersebut. Pihak BUMIRA akan membuat pemantau dari masa ke semasa bagi melihat apa yang diperlukan oleh anggota. Ia bergantung juga pada isu semasa misal nya kakitangan kerajaan pada musim perayaan yang baru saja berlalu pihak BUMIRA memperkenalkan Pembiayaan Khas untuk perayaan berjumlah    RM 1,000. Pihak BUMIRA menerima 400 permohonan dalam masa sebulan saja. Ini menunjukkan pembiayaan jumlah yang sikit masih diperlukan.

Leave a Reply