Berita

KEUNTUNGAN MENINGKAT SEBANYAK 20.61%

 

Berdasarkan kepada Laporan dan Penyata Kewangan Koperasi BUMIRA Berhad ( KBB ) bagi Tahun berakhir 30hb Jun 2009, struktur kewangan KBB telah menunjukkan prestasi yang meningkat. Pendapatan kasar yang diperolehi meningkat sebanyak RM 132,342.36 iaitu 14.16% peningkatan daripada tahun kewangan 2008. Peningkatan pendapatan kasar ini hasil daripada peningkatan aktiviti utama KBB iaitu pembiayaann  kepada anggota.

Terimaan daripada aktiviti pembiayaan ini telah mendominasi pendapat dengan menyumbang sebanyak 76.33% daripada keseluruhan pendapatan. Hasil daripada aktiviti pembiayaan adalah terimaan pulangan atas pembiayaan,yuran proses pembiayaan dan jualan borang pembiayaan. Selain itu, terimaan dividen saham, komisen insuran dan terimaan perkhidmatan Public Islamic Bank, terimaan perkhidmatan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad juga adalah penyumbang kepada peningkatan pendapatan kasar KBB pada tahun kewangan ini.

Perbelanjaan operasi dan pentadbiran KBB meningkat selari dengan peningkatan pendapatan kasar. Peningkatan adalah sebanyak RM 13,651.02 iaitu kenaikan 3.8 % daripada tahun kewangan sebelumnya. Peningkatan dalam perbelanjaan adalah perkara yang normal memandangkan kos pentadbiran yang meningkat pada setiap tahun.

Hasil daripada pendapatan kasar yang diterima dan perbelanjaan yang dikeluarkan, pendapatan bersih KBB bagi tahun kewangan 2009 adalah sebanyak RM 694,540.07 iaitu peningkatan sebanyak RM 118,691.34 atau kenaikan 20.61% daripada tahun kewangan 2008.

Keuntungan bersih selepas Pembahagian Berkanun ialah RM 590,359.06. Keuntungan ini diagihkan kepada anggota KBB dengan memperuntukkan dividen pada kadar 4% atas modal yuran anggota dan 3% atas modal syer.

Secara keseluruhannya, kewangan KBB menunjukkan prestasi yang kukuh dan meningkat. Peningkatan kepada aktiviti pembiayaan kepada anggota dan aktiviti pelaburan adalah pemangkin kepada keutuhan kewangan KBB pada masa kini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *