Perutusan Pengerusi

Pn. Meriyam Bt. Abd. Majid (Pengerusi BUMIRA)

Saya ingin melahirkan penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menyediakan Laman Web BUMIRA ini bagi faedah kita bersama. Jika dahulu, segala bentuk informasi hanya mampu disalurkan melalui majalah, flyer dan sebagainya, kini zaman telah maju dan kita, BUMIRA khasnya telah melangkah setapak lagi kealam informasi yang lebih canggih.

Kita harus menerima hakikat, bahawa kita kini berada didalam zaman “millenium” dan bukannya era 60an-90an lagi. Kita perlu mengadakan anjakan paradigma (paradigm shift), kita harus memanafaatkan teknologi dengan sewajarnya. “Paperless” adalah budaya yang patut diamalkan, melalui laman web ini saya amat berharap dan berdoa semoga segala bentuk informasi dapat disalurkan kepada ahli-ahli dengan kadar yang lebih cepat dan tepat. Melalui e-Penyata, e-Laporan dan pelbagai lagi kemudahan didalam laman web ini seharusnya dimanafaatkan oleh kita semua dengan sewajarnya. Malah melalui forum yang disediakan, pihak pengurusan mampu menjawab pelbagai kemusykilan yang seringkali dihadapi oleh para ahli.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih dan kepada anda, selaku ahli BUMIRA yang telah banyak menyumbang demi kepentingan kita bersama selaras dengan prinsip-prinsip koperasi, akta koperasi 1993 dan peraturan-peraturan koperasi 1995. Sifat bantu-membantu yang menjadi tunggak koperasi amat di tuntut oleh semua agama. Bayangkan jika Rochdales yang hanya menjual barang-barang kegunaan harian mampu melalui zaman kelam ketika itu, kita pasti BUMIRA akan lebih jauh dalam membantu dan menyediakan prasarana untuk anda semua.

Saya, para ALK serta pengurusan sentiasa akan melakukan yang terbaik dalam memberikan servis yang berkualiti dari semasa kesemasa. Walaupun untuk menyediakan semua kemudahan tersebut memakan masa, namun sekurang-kurangnya ‘perjalanan beribu batu bermula dengan setapak’.

Marilah kita semua berdoa dan berganding bahu dalam menjadikan Koperasi BUMIRA Berhad sebagai Wadah Koperasi Anda…

Terima Kasih dan Wassalam…