IKLAN (1)
RUANGAN IKLAN
Siapa Kami?
Tentang Kami
Koperasi BUMIRA (M) Berhad dimiliki sepenuhnya oleh bumiputra beralamat di Lot 3.28 & 3.29, Tingkat Dua Medan MARA, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.
Merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1 September 1972 dengan nama Syarikat Kerjasama Serbaguna Bumira Berhad.
Sepuluh tahun selepas itu, nama syarikat telah ditukar kepada Koperasi Bumira Berhad. Tujuan koperasi ini ditubuhkan adalah untuk menjalankan fungsi – fungsi kredit, pengguna, perumahan, perladangan dan pengangkutan.
Lebih kepada bentuk pinjaman kepada ahli – ahlinya yang terdiri daripada kakitangan pejabat MARA. Hampir 90% ahlinya terdiri dari kalangan bumiputra. Matlamat koperasi ini menurut subseksyen 4 (1) Akta ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota – anggotanya mengikut prinsip – prinsip koperasi.