Sejarah Koperasi BUMIRA Bhd

Koperasi Bumira Berhad dimiliki sepenuhnya oleh bumiputra beralamat Lot 3.20 Tingkat Dua Medan MARA, No 21, Jalan Raja Laut, 50357 Kuala Lumpur. Merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1972 dengan nama Syarikat Kerjasama Serbaguna Bumira Berhad.

Sepuluh tahun selepas itu, nama syarikat telah ditukar kepada Koperasi Bumira Berhad. Tujuan koperasi ini ditubuhkan adalah untuk menjalankan fungsi - fungsi kredit, pengguna, perumahan, perladangan dan pengangkutan.

Lebih kepada bentuk pinjaman kepada ahli - ahlinya yang terdiri daripada kakitangan pejabat MARA. Hampir 90% ahlinya terdiri dari kalangan bumiputra. Matlamat koperasi ini menurut subseksyen 4 (1) Akta ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota - anggotanya mengikut prinsip - prinsip koperasi.

 

KEANGGOTAAN

Terdiri daripada:

  • Anggota kerja MARA
  • Anggota kerja projek MARA
  • Anggota kerja anak syarikat MARA
  • Anggota kerja badan/organisasi yang dahulunya ditubuhkan oleh MARA

 

Syarat Kelayakan:

  1. Warganegara malaysia
  2. Telah mencapai umur lapan belas tahun
  3. Bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi Koperasi ini
  4. Tidak disabitkan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak berupaya dari segi mental, atau bankrap>>Yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.
  5. Permohanan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi Koperasi ini dan dialamatkan kepada setiausaha.
  6. Tiap-tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan yuran masuk sebanyak dua puluh ringgit.
  7. Bekas anggota yang memohon semula menjadi anggota akan dikenakan yuran masuk sebanyak lima puluh ringgit.
  8. Penama atau wakil sah kepada anggota yang mati, jika layak dan memohon untuk menjadi anggota dalam masa tiga bulan selepas kematian anggota itu, tidak dikenakan yuran masuk.