UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI LEMBAGA KOPERASI BUMIRA MALAYSIA BERHAD (KBMB)

Pengerusi memula ucapan dengan memohon semua hadirin membaca Al Fatihah untuk disedekahkan kepada arwah Mohd Zamjuri Bin Jusoff dan mengucapkan Selamat Datang kepada semua Perwakilan. Terima kasih kepada YB. Dato’ Seri Shahiruddin Ab Moin, Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawan & Kepenggunaan yang juga Exco Negeri Pahang. Ucapan terima kasih juga kepada Kamal Ariffin Ismail dari SKM Negeri Pahang, Azmarul Adha Abd Azizi dari Tekun Negeri Pahang, Azhar Mohd Zain dari KPDNKK Negeri Pahang, Masnani Bashirun dari SME, Amilia Suraya Muhammad Arif dari MITI, Pengarah GIATMARA Pahang dan YBhg. Dato’ Rusnah Abd Majid.

Antara perkara-perkara yang disentuh oleh Puan Pengerusi Koperasi BUMIRA (M) Bhd. adalah:

    1. Keuntungan KBMB yang dikira setakat 30 Jun 2015 adalah sebanyak RM1.3 juta iaitu 6.8% dan keuntungan 86% akan diberikan kepada anggota KBMB dalam bentuk dividen setelah diluluskan dalam Mesyuarat Agung ini.

    2. Setakat 30 Jun 2015 keanggotaan KBMB adalah seramai 6,692 orang dan berjanji untuk menambah anggota KBMB kepada 7,000 orang sebelum 31 Disember 2016.

 

    1. Core Business KBMB adalah Pengurusan Dana yang memberikan pembiayaan kepada anggota KBMB. Pengerusi memohon sekiranya YB. Datoص Seri yang sebagai Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawan & Kepenggunaan dapat mengangkat maklum kepada Bank Negara supaya dasar yang telah ditetapkan kepada bank tidak meliputi Koperasi dan tidak sama dengan penetapan kepada lain-lain bank.

 

  • KBMB bercadang untuk memohon tanah di negeri Pahang melalui YBDS. bagi tujuan pembelian aset dan kepentingan anggota KBMB.

  • Ucapan terima kasih kepada YBhg Datuk Ketua Pengarah MARA kerana memberi sokongan dan membenarkan KBMB terlibat secara langsung dalam program 50 tahun MARA. Antara cadangan KBMB adalah Ekpedisi Puncak Gunung Kinabalu, Sabah dan Ekpedisi Endau Rompin. Selain dari itu KBMB juga bercadang untuk menganjurkan MARA Le Tour dengan kerjasama dari Kelab Basikal MARA (MCC). Penjualan barangan cenderahati seperti tali leher, scaf, tumb drive dan fridge magnet akan dijual dengan harga yang berpatutan sebagai menunjukkan tanda sokongan KBMB kepada MARA.