AGENSI KUTIPAN DILANTIK

Tn. Hj. Paiman
Pengerusi Penguatkuasaan

BUMIRA telah melantik perkhidmatan agensi kutipan Astra Autolink Sdn. Bhd. bagi membuat kutipan terhadap defaulter yang dikategorikan ingkar membayar balik pembiayaan BUMIRA walaupun yang telah diberi notis dan peringatan.

Bagi peringkat permulaan seramai enam puluh (60) orang defaulter dengan melibatkan wang berjumlah RM 243,377.96 telah diserahkan kepada agensi berkenaan untuk diambil tindakan.

Statistik Kutipan Bagi Tahun Kewangan Mulai Julai 2008 hingga Jun 2009.

  • Kutipan melalui agensi Astra Autolink Sdn.Bhd. Kutipan yang diperolehi bermula dari Feb – June 2009 adalah RM 22,515.03. Bayaran komisyen RM 4,503.00
  • Kutipan yang dilakukan oleh BUMIRA. Jumlah yang  diperolehi melalui bayaran  secara  tunai adalah  RM 44,541.40. Bayaran  secara  ansuran RM 19,244.00.

Daripada jumlah tersebut, seramai 19 defaulter telah menyelesaikan bayaran pembiayaan mereka, 2 defaulter membuat pemotongan melalui seorang penjamin dan satu defaulter membuat  potongan melalui dua orang penjamin.

Jumlah keseluruhan kutipan yang diperolehi bagi tempoh  kewangan  mulai   Julai 2008 – Jun 2009 adalah RM 86,300.43

Tuan Hj. Paiman Pengerusi Penguatkuasaan berkata dari masa kesemasa Jawatankuasa Penguatkuasaan BUMIRA akan terus memantau semua kes – kes yang diterima dan yang telah dikesan pada kadar segera dengan memperkemaskan data – data defaulter dan melipatgandakan usaha dan tenaga berteraskan hutang hendaklah dibayar dengan kadar  setakat mana yang mereka mampu kepada Koperasi BUMIRA Berhad

Leave a Reply