
Setiausaha Pembiayaan
Setiausaha Pembiayaan Halizah Harun menyifatkan aktiviti kredit masih menjadi pilihan kepada anggota – anggota. Ia merupakan keperluan kepada anggota yang bekerja di peringkat kumpulan sokongan. Walaupun jumlah pembiayaan yang dipohon rendah tetapi ia dapat mengelakkan anggota daripada terjebak kepada “ALONG”. Bagi mengelakkan anggota pergi mendapat “ALONG” pihak kami menawarkan pelbagai jenis pembiayaan bagi mengatasi masalah anggota. Mengikut rekod BUMIRA dari 1hb Julai 2008 hingga 30hb Jun 2009 Pembiayaan Peribadi 897 permohonan diterima dengan nilai RM 6,953,000.00. Manakala Pembiayaan Khas 325 permohonan diterima dengan nilai RM 642,346.00. Jumlah keseluruhan 1,222 permohonan dengan nilai RM 7,595,346.00. Pembiayaan biasa meningkat semasa musim perayaan, musim persekolahan & kemasukan anak ke IPTA & IPTS.
Keperluan diperlukan bagi menampung persediaan dalam menghadapi keadaan tersebut. Pihak BUMIRA akan membuat pemantau dari masa ke semasa bagi melihat apa yang diperlukan oleh anggota. Ia bergantung juga pada isu semasa misal nya kakitangan kerajaan pada musim perayaan yang baru saja berlalu pihak BUMIRA memperkenalkan Pembiayaan Khas untuk perayaan berjumlah RM 1,000. Pihak BUMIRA menerima 400 permohonan dalam masa sebulan saja. Ini menunjukkan pembiayaan jumlah yang sikit masih diperlukan.