
GENTING – Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Ke – 22 selesai diadakan pada 8hb November 2009 Hotel Seri Malaysia Genting Highland, Pahang Darul Makmur. Para perwakilan berkumpul di Hotel Seri Malaysia sejak hari Jumaat bagi menghadiri mesyurat tersebut. Terbahagi dua kawasan iaitu Kawasan A & Kawasan B. Kawasan A melibatkan anggota luar dari Lembah Klang. Para perwakilan yang terlibat kali ini ialah daripada Pejabat MARA Negeri Sabah, Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu & Maktab Rendah Sains MARA Kota Kinabalu. Manakala Perwakilan B yang terlibat dari Ibupejabat MARA,GIATMARA & Yayasan Pelajaran MARA.
3 Anggota yang gugur pada kali ini kekal. Mereka terdiri daripada Pn. Meriyam Abd. Majid, En. Md. Faridi Abd. Rahim & En. Mohamad Nor Sazelim Mohamad. Anggota Lembaga Koperasi tersebut memegang portfolio masing – masing Pn. Meriyam memegang Jawatan Pengerusi, En. Faridi sebagai Setiausaha & En. Mohamad Nor Sazelim Mohamad sebagai Pengurus Besar . Anggota begitu yakin dengan pengurusan yang dilakukan 3 ALK yang dilantik semula. Pencalonan baru tiada pada masa pemilihan.

